Sejarah Arena Paris La Défense

Pandangan Paris La Défense Arena di Nanterre, dilihat dari Grande Arche di La Défense

Stadium tersebut asalnya dijadualkan untuk membuka pada 2014, namun tarikh tersebut telah ditunda disebabkan protes daripada penduduk tempatan atas kebimbangan pencemaran suara yang dibawa oleh penonton konsert dan pertandingan.[4] Projek pembinaan akhirnya bermula 2 Disember 2013, dengan batu asas diletakkan pada Februari 2014 [5]Tarikh pembukaannya akhirnya ditetapkan pada 30 September 2017.[6]

Racing 92 memainkan perlawanannya pertama mereka di stadium baharu pada 22 Disember 2017 apabila mengalahkan pasukan Stade Toulousain dengan mata 23-19.[7][8] Nama kerja stadium tersebut telah ditukar daripada "Arena92" kepada "Arena U" pada Disember 2016, merujuk kepada bentuk stadium apabila dipandang dari atas.[9] Namanya diubah sekali lagi pada 12 Jun 2018 kepada nama mutakhirnya, Paris La Défense Arena.[10] Hal ini diikuti dengan satu perjanjian hak kenamaan sepanjang 10 tahun dengan Paris La Défense, syarikat yang menguruskan daerah perniagaan La Défense yang berhampiran dengan stadium tersebut.[11]

The Rolling Stones telah menjadi artis pertama untuk membuka konsert di stadium tersebut, sebagai perhentian terakhir bagi konsert jelajah Eropah mereka No Filter Tour, dengan tiga persembahan pada 19, 22, dan 25 Oktober 2017.[12] Perlawanan ragbi pertama di stadium ini berlangsung pada 25 November 2017 antara Perancis dengan Jepun. Pada 11 Mac 2018, satu perlawanan bola keranjang LNB Pro A antara Nanterre 92 dan ASVEL Basket berlangsung. Perlawanan itu dihadiri oleh 15,220 penonton, hal ini merupakan kehadiran tertinggi dalam sejarah liga tersebut.[13] Sejak 2017, stadium tersebut telah menganjurkan Paris Motocross.[14]

Rujukan

WikiPedia: Arena Paris La Défense http://www.rollingstones.com/2017/05/09/stones-no-... http://sport24.lefigaro.fr/rugby/top-14/fil-info/l... http://www.lefigaro.fr/musique/2017/12/03/03006-20... http://www.lemonde.fr/cgi-bin/ACHATS/acheter.cgi?o... http://www.leparisien.fr/culture-loisirs/musique/r... http://www.leparisien.fr/puteaux-92800/nanterre-la... http://www.leparisien.fr/sports/la-u-arena-de-nant... http://lequipe.fr/Rugby/Actualites/L-arena-92-sera... http://racing92.fr/fr/Equipe_Pro/R92_vs_ST_a_la_U_... http://www.rfm.fr/news/Mardi-18-decembre-Mylene-Fa...